Siapa MamiKembar?

siapa mamikembar

Assalamualaikum w.b.t.

Salam perkenalan dari mamikembar.

KakDa atau nama sebenar saya Ida Chalo merupakan seorang ibu yang mempunyai 4 orang anak kecil yang berumur 6 tahun, 4 tahun dan si kembar yang berumur 2tahun lebih.

Di dalam blog ini, saya akan menggunakan kata ganti diri sebagai kakDa agar lebih mesra dan dekat dihati pembaca. InshaaAllah.

 

Sedikit latar belakang mamikembar.

kakDa adalah Sabahan yang berkahwin dengan cik abe kelate. Menetap di Kota Bharu, lebih spesifik di Kedai Lalat sejak 2009. Alhamdulillah sudah biasa berbahasa Kelantan.

Berumur 31tahun pada tahun ni dan berkerja sebagai Civil Engineer yang graduateĀ dari UTM Skudai (2004-2008).

Namun sejak melahirkan si kembar, kakDa telah membuat keputusan untuk berhenti kerja dan meneruskan bisnes shaklee dari rumah.

 

Mamikembar.com platform untuk bisnes dan berkongsi info.

Yakin dan percaya bisnes shaklee mampu memberikan kakDa lebih pendapatan, lebih masa dan perhatian untuk keluarga, kakDa nekad untuk berhenti kerja.

mamikembar-blog

Mamikembar.com akan kakDa manfaatkan untuk mengumpul info dan tips untuk dikongsi bersama ibu-ibu diluar sana.

Ianya juga adalah platform yang kakDa gunakan untuk berbisnes.

Semoga segala info dan ilmu bermanfaat yang kakDa kongsikan disini akan menjadi saham kakDa untuk hari ‘esok’. Aminnn..

Salam Perkenalan dan Selamat Membaca! ^_^