Jerawat, Jeragat, Whitehead, Blackhead, Kusam, Eczema

YOUTH SKINCARE

Set Kesihatan Shaklee

KESIHATAN

Resepi, Travel, Our Story

MY PRECIOUS LIFE

    ResV Bantu Idea Penulisan Buku Datang Mencurah-curah

    Assalamualaikum w.b.t buat semua pengunjung blog kakda. Selamat datang dan selamat membaca.

    Sudah agak lama kakda tak menulis di blog ni. Bukannya tak mau tulis, tapi kadang dah buka ‘new post’ jari ‘blur’ termasuk lah otak pun blur tak tau nak tulis apa. End up tak dok la entry baru.huhu

    So dipendekkan cerita, semalam kakda COD ResV ke rumah customer tetap kakda di perumahan tepi pagar USM. Tak sure la apa nama kawasan situ, tapi makcik Hasnah which is seorang pesara cikgu memang sokmo repeat order beli supplement shaklee dengan kakda.

    Makcik Hasnah dah daftar ahli lama dah. Mula-mula dulu berwasap dengan anaknya, deal dan sejak itu memang kakda hantar sokmo la apa-apa yang beliau nak.

    Better join ahli sebab harga ahli murah banyak. Less 20% daripada harga biasa. Dan lagi best sebab boleh dapat cashback dengan certain amount pembelian.

    Kongsi Testimoni

    So semalam, selepas passing ResV, dengan still mengekalkan jarak 1m dan memakai mask, kami sempat lah berborak-borak kejap.

    Makcik Hasnah nak share testimoninya. Kenapa dia konsisten nak consume ResV even katanya mahal.hihi

    Makcik Hasnah selalu kata produk Shaklee ni mahal lah, tapi molek. Then lepas dia kata mahal, mesti dia akan order sesuatu.haha! “Wak mari ResV sor”, “nak ostematrix dan vitamin c”, “nak make gapo kalu sakit bla..bla..bla..” hehe

    Ok berbalik kepada kenapa makcik Hasnah suka makan ResV, katanya sejak konsisten ambil ResV (beliau memang dah lama makan juga produk shaklee yang lain, cuma ResV ni kira baru start ambil dalam 3 ke 4 botol termasuk yang COD semalam).

    Katanya, sejak ambil ResV, idea penulisan datang mencurah-curah (Makcik Hasnah menulis dan menerbitkan buku). Katanya, seseorang yang berumur lanjut macam dirinya, biasanya otak dah tepu, banyak lupa dan kering idea. Ini memang perkara normal yang dia dah alami sejak lama.

    Tapi sejak ambil ResV, dia datang rasakan, otak dan ingatannya lebih clear dan mudah untuk menulis. Beliau sangat hepi sebab novel yang sedang diusahakannya setelah sekian lama akhirnya siap malah sekarang dah ‘On the way’ hasilkan pantun-pantun islamic pula.

    Badannya juga rasa ‘sihat’ dan bertenaga. Even sekarang musim PKP, tak ke mana-mana, badannya still rasa OK, tak lenguh, tak lemah. Kulit juga katanya jadi tegang sedikit dan comey. hihi

    Bila dengar testimoni Makcik Hasnah, kakda sendiri rasa teruja dan terus rasa nak start konsisten makan ResV jugak.haha!

    So, tu je perkongsian kakda harini. Till then, See ya!

    COD Shaklee Pengkalan Chepa | B Complex Acid Folic Untuk Pengantin Baru

    Pagi tadi dapat whatsapp dari customer nak beli B Complex Shaklee COD ke Pengkalan Chepa. Jadi kakda terus bagitau encik suami petang ni nak ajak dia COD Shaklee sambil drop parcel Shaklee di Poslaju Pengkalan Chepa.

    Dalam pukul 6 kami gerak dari Kedai Lalat. Sebelum tu singgah dulu rumah tok ma campak anak5. PKP kan mana bole gerak ramai-ramai. Mujur lah rumah tokma dalam 3 minit je kampung sebelah.hehe

    COD Shaklee Pengkalan Chepa

    Sambil COD Shaklee ke Pengkalan Chepa, sempat lah kakda singgah poslaju dulu untuk drop 3 parcel. Satu order ke Shah Alam, satu ke Kuala Lipis dan satu lagi ke Tuaran Sabah.

    Yang bestnya sejak guna EasyParcel, proses pos jadi lebih mudah. Kakda paling tak suka nak beratur pos barang. Rasa rugi sangat masa menunggu giliran tu. Sebab tu kakda pilih Easyparcel. Kita boleh decide sendiri nak gunakan perkhidmatan kurier servis mana yang kita suka. Kita boleh compare harga sebelum pilih nak ambik yang mana.

    Continue Reading

    Suplemen Shaklee Yang Paling Berkesan Untuk Kaum Wanita Yang Selalu Letih Dan Lemah Tidak Bertenaga Setiap Hari.

    Bila umur makin meningkat, dengan bebanan kerja yang banyak di tempat kerja ditambah lagi dengan tanggungjawab hakiki dirumah untuk mengurus keluarga, tidak hairan jika kita selalu merasa letih.

    Kadang lepas Isyak tu memang dah terbaring tak mampu nak buat apa dah sedangkan banyak lagi kerja rumah yang perlu disetelkan.

    Bagi ibu muda yang ada anak kecik pula, mesti hidup korang lebih menyedihkan. Macam mana nak tidur kalau masih ada insan2 kecil yang memerlukan kita untuk mengurua mereka.

    Keadaan sebegini jangan dibiarkan berlarutan. Sebab ia hanya akan memakan diri sendiri. Takut-takut nanti penyakit lain yang datang sebab badan dah terlalu stress minta rehat tapi kita asyik paksa dia untuk bekerja.

    Kakda nak suggest satu suplemen yang boleh merubah hidup anda 100%. Bayangkan kalau badan kita jadi lebih bertenaga, hidup kita sudah tentu kurang stress dan makin ceria bahagia. InshaAllah penyakit pun susah nak singgah bila badan kita tak stress.
    Stress yang tinggi akan meningkatkan jumlah radikal bebas di dalam badan. Radikal bebas ini lah yang akan memusnahkan sel-sel dalam badan kita satu-persatu.

    Continue Reading

    Disekat Abam Polis Masa COD Vitamin Shaklee di Kota Bharu

    Dari Kedai Lalat g Kemumin COD Mealshake.
    Kira rentas daerah juga ni walaupun tak jauh mana.
    Alhamdulillah setel.

    Next menuju ke HRPZ nok COD vitamin C untuk customer kena Covid pula.

    Dekat nok sampai “hotel pepel” tu abam polis yang jaga sempadan sekat.


    “Dari mana encik?” Tanya Abam Polis.
    “COD vitamin shaklee kat Pengkalan Chepa”

    “Hari-hari ko COD atau ada hari tertentu jah?”
    “Kalu ada odar, COD la. Kalu takdok, dok la” jawab cik abe kito.

    “Surat ado? Mari saya nak tengok” sambung Abam Polis lagi.

    Cik abe paling tengok kakda.

    Ahhh.. sudoh. Mano ado surat..

    “Surat takdok. Sy cod vitamin Shaklee ja.”balas cik abe sambil tunjuk kotak shaklee dan sor supit berisi vitamin C kat seat belakang.

    “Wak mari sini saya nak tengok” balas Abam Polis.

    Suami kakda pun ambiklah plastik berisi vitamin C tu pahtu tunjuk la ko Abam Polis.

    “Ooooo.. produk Shaklee. Yang ada absorb.. absorb.. apa nama tu..“ sambil jari dia gerak-gerak cuba nak ingat perkataan yang betul.

    Kakda pun menyampuk “Sustained Released .. Sustained Released Vita-C”.

    “Haaa.. betul2.. banyok signboard dio kat KB lonih.” Jawab Abam Polis.

    “Hehe.. hoh meme banyok. Ramai ore cari vitamin c lagi2 musim Covid ni. Ni pun on the way nok g HRPZ nok cod untuk customer kena Covid” ujar cik abe dengan nada teruja.

    “Oo.. ok2. Berehh..” balas Abam Polis tersenyum sambil angkat tangan merelakan kami pergi.

    Alhamdulillah.
    Selamat. 😂
    Done #CODshakleeKotaBharu
    Done #CODshakleePengkalanChepa

    Bonus Shaklee Dah Masuk!

    Sedang molek harini start cuti sekolah sempena Raya Cina 2021, bonus Shaklee pun masuk. Wahh! Double happiness gituu!haha..

    Biasanya bonus shaklee masuk setiap 14hb. Memang kakda dah agak jugak, bulan Februari 2021 ni mesti bonus masuk awal sebab bulan ni ada 28hari ja.

    Tapi takdek la sangka bonus akan masuk seawal ini! Duit iSinar baru je masuk beberapa hari lepas, masuk pulok duit bonus shaklee.hihi..

    Takpelah.. terima je la dah orang nak bagi awal kan.haha..

    Sepanjang kakda buat bisnes Shaklee sejak 2012, tak pernah sekali pun Shaklee gagal atau lewat bayar bonus. In fact, di saat Covid19 jd pandemik dan melanda seluruh dunia pun, Shaklee masih mampu untuk membayar bonus kepada kami semua.

    Sebab tulah kakda nak ajak korang untuk joinkakda buat bisnes Shaklee. Produk shaklee ada research dan saintis yang bertaraf dunia. Bukan produk bancuh belakang rumah tau. Angkasawan USA pun makan produk Shaklee di space tau. Haa.. jadi jangan risau untuk menjadi salah seorang pengedar Shaklee yang sah.

    Kalaupun tak mau bisnes, dengan daftar ahli korang layak dapat diskaun sebanyak 20-25% ke atas setiap produknya. Jadi tak perlu pun nak buang masa survey sana-sini harga mana yang murah.

    Lagipun tak baik tau korang survey harga, pastu minta harga ahli. Bila agen tak mau bagi harga ahli korang pun tak mau beli. Tolong la jangan selfish. Korang jangan lah asyik fikir nak jimatkan duit korang saja. Tindakan korang tu sebenarnya menindas agen Shaklee yang berusaha untuk cari income.

    Untung runcit itulah pendapatan yang kami kumpul selain bonus berasaskan point sekiranya layak. Sebab tu lah kakda pesan, kalau tak mau beli harga mahal, jom lah daftar jadi ahli. Niatkan je lah korang nak bantu sesama muslim untuk jana pendapatan sebab pendapatan inilah yang agen gunakan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Semoga Allah balas kebaikan anda dengan pahala berlipat kali ganda. Aminnn

    Puasa Dah Habis Ganti Ke Belum?

    Malam ni nak tulis sikit je sebab mata dah layu.. Semalam dah tidur lewat, tertutup-tutup mata kakda buat entry pasal ResV semalam.haha! Ikutkan hati memang nak masuk tidur je, tapi sebab tak mau bertangguh, kakda gagahkan jua..

    Blogging ni memang best. Tapi ada satu pantang yang kita kena elak, iaitu jadikan entry kita as draft. Nehii..kabhi nehi! Gituw!! Jangan pernah ada rasa nak ada tabiat suka buat entry draft tau.

    Once dah tulis, tulis je sampai habis. Sebab mood menulis kita tak akan sama. Akhirnya nanti, ko akan rasa macam ishh tak bestnya penulisan aku ni. Pastu start la delete, delete balik, edit edit balik. Semua tu buang masa.

    Continue Reading