Best Ever Skincare. Ones Must Try

YOUTH SKINCARE

Its All About Family

MY LIFE

All the info about Shaklee Product

supplement

Kencing Manis / Diabetes Penyakit Tibi TESTIMONIAL VIVIX

COD ResV Shaklee Ke Dewan Beta, Kota Bharu Untuk Pesakit Tibi dan Kencing Manis.

Kali ni kakda nak share pengalaman kakda pergi COD ResV shaklee di Dewan Beta Kota Bharu untuk seorang pesakit Tibi. Semalam kakda share cerita kakda buat COD Vivix ke Beris Kubor Besar Bachok kan, jadi malam ni kakda nak share cerita COD ResV pula.hehe

Saja kakda tulis dalam blog supaya memori tu kekal disini. Kalau tak tulis, lama-lama lupa. Kalau boleh kakda nak tulis semua kisah setiap satu customer yang beli dengan kakda sebab setiap mereka ada cerita masing-masing.

Lebih-lebih lagi mereka yang beli vivix dan resv ni. Biasanya orang yang beli vivix atau resv majoritinya dari kalangan mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang agak kronik.

Mereka-mereka ni biasanya sudah dan sedang mendapatkan rawatan di hospital dan sedang mengambil ubat-ubatan tertentu. Tapi atas inisiatif untuk menambahbaikkan tahap kesihatan diri, mereka mencuba pula untuk mengambil Vivix dan ResV. Tapi ini tidaklah bermaksud yang Vivix dan ResV boleh menggantikan ubat dan boleh menyembuh, takk… salah tu.

Vivix dan ResV tiada fungsi untuk merawat mahupun menyembuhkan. Sebab itulah, mereka yang mempunyai penyakit tertentu kekal mengambil ubat-ubatan hospital dan dalam masa yang sama mereka turut mangambil vivix dan resv dalam diet harian mereka.

Biasanya, bila mereka sudah mulai mengambil vivix dan resv, tahap kesihatan mereka akan bertambah baik. Dalam sesetengah kes, ada juga yang bertambah buruk pada permulaannya dan beransur-ansur jadi lebih baik. Bila tahap kesihatan mereka bertambah baik, biasanya doktor sendiri yang akan memberikan nasihat untuk mengurangkan dos ubat-ubatan yang mereka ambil.

Wow! Panjang nya intro beb!haha…sori tersyasul membebel.haha

Ok! Back to cerita asal.

Pada suatu malam lepas solat maghrib, kakda terima satu wasap. Wasap tu berbunyi ‘VIVIX’, jadi kakda pun semangat extra lah nak reply. Sebab dalam shaklee ni, kalau dapat order Vivix atau ResV, kegembiraannya sangat lah luar biasa sebab barang mahal beb! Bukan selalu orang beli. Orang yang nak cari Vivix dan ResV tu memang ramai, tapi yang bersetuju nak beli tu boleh dibilang dengan jari beb!haha.. Jadi boleh faham kan disitu kenapa kakda lebih-lebih teruja?haha..

Long story short, rupa-rupanya wasap ni datangnya dari seorang anak yang risau dan bimbang akan kesihatan ayahnya di kampung. Katanya Ayahnya ada sakit tibi dalam masa yang sama ada kencing manis dan darah tinggi. (masa tengah consult dengan adik ni, kakda tak tau lagi pasal kencing manis dan darah tinggi tu). Ayah tak dapat bangun. Terdampar je..lemah. Nak buat apa-apa pun payah sebab sakit takleh nak bangun.

Mulanya adik tadi nak beli Vivix, tapi kakda suggest sekali la ambik ResV. Kakda suruh pilih vivix atau ResV. Bagitau lah kelebihan dan kekurangan masing-masing. Contoh macam Vivix kena simpan dalam peti ais dan jenis cecair. Risiko tumpah pun ada juga, risiko perut pedih pun ada juga kalau orang tu jenis perut sensitif. ResV pula dalam capsule dan tak payah buh dalam peti ais. Duk luar pun ok. 1 botol tahan 1 bulan sebab dia ada 60biji. Sehari kita makan 2 biji je sebelum tido malam.

Bincang punya bincang, akhirnya Customer tadi setuju untuk beli 1 botol ResV dan minta COD malam tu juga. Kalau ikutkan memang malas dah nak keluar sebab dah malam, masa close sale tu dah dalam pukul 9. Dari rumah kakda nak ke Dewan Beta adalah lebih kurang 30-40 minit. Tapi sebab kakda rasa kesian dan mungkin dia betul-betul nak sangat bantu ayahnya cepat-cepat sihat, jadi kakda pun setuju je la.

Lepas 3 hari kakda follow up. Tanya la apa macam? Rasa macam mana lepas makan ResV?

“Dah kurang batuk-batuk. Nampak sihat dan dah boleh bangun. Abah ada kencing manis dan darah tinggi. Alhamdulillah ma kata nampak sihat darpada yang sebelum ni”.

Lepas seminggu dari hari pertama kakda follow up, kakda wasap lagi tanya. Kiranya dah masuk 10hari makan ResV 2 biji sebelum tidur. Dan responnya pun sangat menggembirakan kakda, Alhamdulillah.

“Semalam ma bagitau kencing manis abah turun 12 dari 24”..

Disebabkan kekangan bajet, customer kakda ni repeat order 3 kali je. Situasi terkini ayahnya, “Abah dah boleh lepak minum kopi kat kedai. Berbanding sebelum ni, abah nak bangun pun tokleh. Dah macam-macam ikhtiar dah buat, macam-macam produk dah beli. Ahamdulillah asbab makan resV 3 botol, abah dah makin sihat.”

Tu je cerita kakda kali ni. Jika ada yang berminat untuk dapatkan produk Shaklee, boleh terus wasap kakda. Klik logo whatsapp di skrin anda atau klik ini.

Ida Chalo
Shaklee Business Leader
Founder iFighter Team
Since 2012 – Trusted Agent Shaklee
COD Kota Bharu, Kubang Kerian

Previous Post Next Post

You may also like

5 Comments

  • Reply Kak D

    Waaah bestnya….resV dan vivix memang terbaik

    January 27, 2021 at 5:21 am
  • Reply Siti

    Alhamdulillah.. Bestnya dengar. Semoga lepas ni dapat bantu lebih ramai lagi 😊

    January 28, 2021 at 12:02 pm
    • Reply KakDa

      InshaAllah..

      January 28, 2021 at 11:34 pm
  • Reply Ira

    Seronok pula bila dapat bantu orang lain kan..

    January 29, 2021 at 7:59 am
    • Reply KakDa

      Yaa memang best.. kita tumpang hepi 😊

      January 29, 2021 at 10:45 pm

    Leave a Reply

    CommentLuv badge

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.