Best Ever Skincare. Ones Must Try

YOUTH SKINCARE

Its All About Family

MY LIFE

All the info about Shaklee Product

supplement

Vitamin B Kompleks

COD Shaklee Pengkalan Chepa | B Complex Acid Folic Untuk Pengantin Baru

Pagi tadi dapat whatsapp dari customer nak beli B Complex Shaklee COD ke Pengkalan Chepa. Jadi kakda terus bagitau encik suami petang ni nak ajak dia COD Shaklee sambil drop parcel Shaklee di Poslaju Pengkalan Chepa.

Dalam pukul 6 kami gerak dari Kedai Lalat. Sebelum tu singgah dulu rumah tok ma campak anak5. PKP kan mana bole gerak ramai-ramai. Mujur lah rumah tokma dalam 3 minit je kampung sebelah.hehe

COD Shaklee Pengkalan Chepa

Sambil COD Shaklee ke Pengkalan Chepa, sempat lah kakda singgah poslaju dulu untuk drop 3 parcel. Satu order ke Shah Alam, satu ke Kuala Lipis dan satu lagi ke Tuaran Sabah.

Yang bestnya sejak guna EasyParcel, proses pos jadi lebih mudah. Kakda paling tak suka nak beratur pos barang. Rasa rugi sangat masa menunggu giliran tu. Sebab tu kakda pilih Easyparcel. Kita boleh decide sendiri nak gunakan perkhidmatan kurier servis mana yang kita suka. Kita boleh compare harga sebelum pilih nak ambik yang mana.

Sebelum kejadian viral staf J&T “mengamuk” tu memang kakda sokmo pilih J&T. Sebab servis J&T ni bagus. Laju je barang sampai. Lagipun dekat je dengan rumah, 5minit je sampai.

Tapi sejak daripada kejadian viral tu dan ditambah pula ada satu parcel YOUTH customer kakda alamat Sepang kakda pos 4hb lagi, sampai ke 15hb ni tak sampai-sampai. Kakda syak, parcel tu mesti dah ‘hancur’ dah, mesti pencuci muka dan krim UV Protection SPF50 Youth tu dah terkeluar dari kotak. Sampaikan J&T tak tau dah nak hantar barang apa kat customer kakda.huhu..

Oil Cleanser YOUTH
Moisturizer SPF50 YOUTH

Huhuhu.. ok done membebel jap pasal j&t. Yang pastinya lagi sehari dua kakda kena pos Set Youth yang baru untuk customer kakda tu. Menanggung rugi la weiii..haha! Takpelah. Moga Allah balas musibah yang kakda hadapi ni dengan menggantikannya dengan sesuatu yang jauh lebih baik.Aminnnn..

B Complex Bukan Sekadar Folik Asid

Setel drop parcel di Poslaju kami pun terus lah gerak ke Kuaters Ibu Pejabat Polis Pengkalan Chepa untuk COD Vitamin B Complex untuk pengantin baru.

Wanita yang ada perancangan untuk hamil memang sangat digalakkan untuk mengambil Asid Folik lebih awal untuk meningkatkan peluang untuk hamil. Tapi sebaiknya terus ambil Set Mudah Hamil iaitu ESP, B Complex, SR Vita-C dan CoQTrol. Pilhan Set Mudah Hamil berkali ganda jauh lebih baik berbanding hanya mengambil Asid Folic sahaja.

B Complex Shaklee adalah vitamin B Lengkap yang mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang sangat penting untuk kesihatan kita. Tidak ada satu pun jenama lain di luar sana yang mampu menyediakan kesemua 8 jenis vitamin B yang sangat penting ini.

Vitamin B Complex Shaklee bukan hanya baik untuk wanita yang nak hamil, tapi juga sangat baik untuk penghidap kencing manis kerana mereka konfem akan mempunyai masalah dengan sistem saraf. Kebas-kebas jari, masalah kelopak mata jatuh dan tidak boleh dikawal juga boleh diatasi dengan mengambil B Complex Shaklee. (Mak kakda salah seorang testimoni berjaya yang ambil B Complex untuk sembuhkan masalah kelopak mata jatuh dan membuatkan mata tertutup separuh).

Ada banyak lagi kelebihan B Complex Shaklee ni. Antaranya ia boleh berfungsi sebagai Pain Killer jika diambil bersama Ostematrix.

B Complex merupakan suplemen asas yang perlu diambil setiap pagi oleh semua orang yang nak sihat. Macam kakda sendiri, setiap pagi kakda akan ambil B Complex, SR Vita-C dan CoQTrol. Bukan saja rasa bertenaga dan bersemangat, malah stress dan emosi lebih terkawal berbanding kalau tak ambil ketiga-tiga ni pada sebelah pagi.

So, kalau anda memerlukan B Complex dan Set-Set Kesihatan yang kakda sebutkan tadi, terus whatsapp kakda ya. Klik je butang Whatsapp di tepi skrin fon anda.

Previous Post Next Post

You may also like

Leave a comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.