Best Ever Skincare. Ones Must Try

YOUTH SKINCARE

Its All About Family

MY LIFE

All the info about Shaklee Product

supplement

SET SHAKLEE

Disekat Abam Polis Masa COD Vitamin Shaklee di Kota Bharu

Dari Kedai Lalat g Kemumin COD Mealshake.
Kira rentas daerah juga ni walaupun tak jauh mana.
Alhamdulillah setel.

Next menuju ke HRPZ nok COD vitamin C untuk customer kena Covid pula.

Dekat nok sampai “hotel pepel” tu abam polis yang jaga sempadan sekat.


“Dari mana encik?” Tanya Abam Polis.
“COD vitamin shaklee kat Pengkalan Chepa”

“Hari-hari ko COD atau ada hari tertentu jah?”
“Kalu ada odar, COD la. Kalu takdok, dok la” jawab cik abe kito.

“Surat ado? Mari saya nak tengok” sambung Abam Polis lagi.

Cik abe paling tengok kakda.

Ahhh.. sudoh. Mano ado surat..

“Surat takdok. Sy cod vitamin Shaklee ja.”balas cik abe sambil tunjuk kotak shaklee dan sor supit berisi vitamin C kat seat belakang.

“Wak mari sini saya nak tengok” balas Abam Polis.

Suami kakda pun ambiklah plastik berisi vitamin C tu pahtu tunjuk la ko Abam Polis.

“Ooooo.. produk Shaklee. Yang ada absorb.. absorb.. apa nama tu..“ sambil jari dia gerak-gerak cuba nak ingat perkataan yang betul.

Kakda pun menyampuk “Sustained Released .. Sustained Released Vita-C”.

“Haaa.. betul2.. banyok signboard dio kat KB lonih.” Jawab Abam Polis.

“Hehe.. hoh meme banyok. Ramai ore cari vitamin c lagi2 musim Covid ni. Ni pun on the way nok g HRPZ nok cod untuk customer kena Covid” ujar cik abe dengan nada teruja.

“Oo.. ok2. Berehh..” balas Abam Polis tersenyum sambil angkat tangan merelakan kami pergi.

Alhamdulillah.
Selamat. 😂
Done #CODshakleeKotaBharu
Done #CODshakleePengkalanChepa

Previous Post Next Post

You may also like

Leave a comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.