Testimoni Cinch Shake Shaklee Untuk Kurus Cara Sihat

    Hai gais.. so seperti yang dijanjikan, kali ni kakda nak share sedikit info dan testimoni pasal Cinch Shake Shaklee minuman protien yang akan buat korang jadi kurus slim dalam masa yang sama kulit tegang tak mengeleber.hihi

    Kenapa korang kena masukkan juga Cinch Shake dalam plan diet korang sebab Cinch Shake Shaklee ni memang dirumus khas oleh pakar-pakar saintis Shaklee untuk membantu program penurunan berat badan.



    Meskipun begitu, Cinch Shake bukanlah jaminan anda konfem akan kurus jika anda sendiri tidak mampu mengubah gaya hidup serta corak pemakanan harian kepada yang lebih sihat.

    Continue Reading

    Macam Mana Cara Nak Start Bisnes Shaklee?

    Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah harini kakda dapat order lagi dan berjaya daftarkan ahli baru untuk join team iFighter. Kali ni kakda COD Shaklee ke Pengkalan Chepa pula di Kuaters Polis berhadapan MRSM Pengkalan Chepa. First time kakda masuk jalan kat situ, biasanya lalu kat jalan utama je time mengidam nak beli McD drive-thru.hehe

    So malam ni kakda nak share secara ringkas macam mana cara nak start buat bisnes shaklee ni. Kakda yakin diluar sana mesti ramai yang tertanya-tanya macam mana sebenarnya cara nak memulakan bisnes Shaklee kalau kita dah berminat dan tak sabar sangat nak dapatkan income besar macam orang lain yang dah berjaya tu kan.

    Simple je sebenarnya.

    Continue Reading

    Minuman Protien Shaklee Cinch Shake Bantu Untuk Kurus Cara Sihat

    Harini saja 3 tong Cinch Shake berjaya terjual. Tiba-tiba je tau ada orang nak. 1 tong jiran kakda, 2 tong lagi downline makan sendiri.

    Agaknya sebab dorang terkesan baca testimoni Cinch Shake yang kakda share di Whatsapp status tengahari tadi sebelum kakda start lipat baju.

    Cinch Shake ni “barang” hot sebab limited. Tiap kali masuk Malaysia, dia masuk dalam kuantiti yang terhad. Dan disebabkan itu jugalah hanya leader je yang dapat kuota pembelian.

    Cinch Shake tidak lah seglamor ESP tapi still bagi orang yang fit atau yang plan nak kurus, Cinch Shake way better daripada ESP.

    Sebab apa? Sebab Shaklee sendiri dah rumuskan Cinch Shake sebagai minuman protien untuk program penurunan berat badan sedangkan ESP tidak.

    Cinch Shake, DTX Complex, Herblax dan Alfalfa Complex

    Kakda sendiri pun memang ambil Cinch Shake. Biasanya kakda ambil malam so dah tak perlu makan nasi atau ambil dinner. Cukuplah sekadar minum Cinch + Low Fat Milk dan Chia Seed. Then boleh start buat intermitten Fasting 16:8.

    Bila dah masuk usia 30an ni, metabolisma badan dah tak setinggi dulu, sebab tu kakda decide untuk ambil Set Kurus dan antara kandungan Set Kurus Shaklee adalah Cinch Shake.

    Ni pula testimoni yang kakda ambil dari Bank Poster Dan Tesimoni. Kalau korang ada plan nak buat bisnes Shaklee, nanti kakda akan add masuk dalam grup ni jugak.

    Walau bagaimana pun, Set Kurus Shaklee tidak menjamin kita konfem akan kurus lepas ambil Set Kurus ni. Cinch Shake, DTX Complex, Herblax, Alflafa Complex dan Omega Guard hanya lah “alat” yang akan membantu proses penurunan berat badan anda jadi lebih berkesan dan selamat malah tiada masalah kulit yang menggeleber.

    Ada macam-macam program penurunan berat badan yang kita boleh follow. Korang just pilih satu program dan ambik Set Kurus Shaklee ni supaya proses kurus anda jadi lebih cepat dan dalam masa yang sama tidak menjejaskan tahap kesihata anda.

    So tu je sharing kakda malam ni. Next nanti kakda share apa kelebihan Cinch Shake Shaklee di entry yang seterusnya. Untuk mendapatkan Set Kurus Shaklee, klik logo whatsapp yang terpampang di skrin anda atau boleh terus klik link ini.

    🍃Ida Chalo
    Shaklee Business Mentor
    Trusted Agent Shaklee Since 2012
    COD Shaklee sekitar Kubang Kerian, Kota Bharu, Pasir Tumboh, Kedai Lalat.

    COD ResV Shaklee Ke Dewan Beta, Kota Bharu Untuk Pesakit Tibi dan Kencing Manis.

    Kali ni kakda nak share pengalaman kakda pergi COD ResV shaklee di Dewan Beta Kota Bharu untuk seorang pesakit Tibi. Semalam kakda share cerita kakda buat COD Vivix ke Beris Kubor Besar Bachok kan, jadi malam ni kakda nak share cerita COD ResV pula.hehe

    Saja kakda tulis dalam blog supaya memori tu kekal disini. Kalau tak tulis, lama-lama lupa. Kalau boleh kakda nak tulis semua kisah setiap satu customer yang beli dengan kakda sebab setiap mereka ada cerita masing-masing.

    Lebih-lebih lagi mereka yang beli vivix dan resv ni. Biasanya orang yang beli vivix atau resv majoritinya dari kalangan mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang agak kronik.

    Mereka-mereka ni biasanya sudah dan sedang mendapatkan rawatan di hospital dan sedang mengambil ubat-ubatan tertentu. Tapi atas inisiatif untuk menambahbaikkan tahap kesihatan diri, mereka mencuba pula untuk mengambil Vivix dan ResV. Tapi ini tidaklah bermaksud yang Vivix dan ResV boleh menggantikan ubat dan boleh menyembuh, takk… salah tu.

    Vivix dan ResV tiada fungsi untuk merawat mahupun menyembuhkan. Sebab itulah, mereka yang mempunyai penyakit tertentu kekal mengambil ubat-ubatan hospital dan dalam masa yang sama mereka turut mangambil vivix dan resv dalam diet harian mereka.

    Biasanya, bila mereka sudah mulai mengambil vivix dan resv, tahap kesihatan mereka akan bertambah baik. Dalam sesetengah kes, ada juga yang bertambah buruk pada permulaannya dan beransur-ansur jadi lebih baik. Bila tahap kesihatan mereka bertambah baik, biasanya doktor sendiri yang akan memberikan nasihat untuk mengurangkan dos ubat-ubatan yang mereka ambil.

    Wow! Panjang nya intro beb!haha…sori tersyasul membebel.haha

    Ok! Back to cerita asal.

    Pada suatu malam lepas solat maghrib, kakda terima satu wasap. Wasap tu berbunyi ‘VIVIX’, jadi kakda pun semangat extra lah nak reply. Sebab dalam shaklee ni, kalau dapat order Vivix atau ResV, kegembiraannya sangat lah luar biasa sebab barang mahal beb! Bukan selalu orang beli. Orang yang nak cari Vivix dan ResV tu memang ramai, tapi yang bersetuju nak beli tu boleh dibilang dengan jari beb!haha.. Jadi boleh faham kan disitu kenapa kakda lebih-lebih teruja?haha..

    Long story short, rupa-rupanya wasap ni datangnya dari seorang anak yang risau dan bimbang akan kesihatan ayahnya di kampung. Katanya Ayahnya ada sakit tibi dalam masa yang sama ada kencing manis dan darah tinggi. (masa tengah consult dengan adik ni, kakda tak tau lagi pasal kencing manis dan darah tinggi tu). Ayah tak dapat bangun. Terdampar je..lemah. Nak buat apa-apa pun payah sebab sakit takleh nak bangun.

    Mulanya adik tadi nak beli Vivix, tapi kakda suggest sekali la ambik ResV. Kakda suruh pilih vivix atau ResV. Bagitau lah kelebihan dan kekurangan masing-masing. Contoh macam Vivix kena simpan dalam peti ais dan jenis cecair. Risiko tumpah pun ada juga, risiko perut pedih pun ada juga kalau orang tu jenis perut sensitif. ResV pula dalam capsule dan tak payah buh dalam peti ais. Duk luar pun ok. 1 botol tahan 1 bulan sebab dia ada 60biji. Sehari kita makan 2 biji je sebelum tido malam.

    Bincang punya bincang, akhirnya Customer tadi setuju untuk beli 1 botol ResV dan minta COD malam tu juga. Kalau ikutkan memang malas dah nak keluar sebab dah malam, masa close sale tu dah dalam pukul 9. Dari rumah kakda nak ke Dewan Beta adalah lebih kurang 30-40 minit. Tapi sebab kakda rasa kesian dan mungkin dia betul-betul nak sangat bantu ayahnya cepat-cepat sihat, jadi kakda pun setuju je la.

    Lepas 3 hari kakda follow up. Tanya la apa macam? Rasa macam mana lepas makan ResV?

    “Dah kurang batuk-batuk. Nampak sihat dan dah boleh bangun. Abah ada kencing manis dan darah tinggi. Alhamdulillah ma kata nampak sihat darpada yang sebelum ni”.

    Lepas seminggu dari hari pertama kakda follow up, kakda wasap lagi tanya. Kiranya dah masuk 10hari makan ResV 2 biji sebelum tidur. Dan responnya pun sangat menggembirakan kakda, Alhamdulillah.

    “Semalam ma bagitau kencing manis abah turun 12 dari 24”..

    Disebabkan kekangan bajet, customer kakda ni repeat order 3 kali je. Situasi terkini ayahnya, “Abah dah boleh lepak minum kopi kat kedai. Berbanding sebelum ni, abah nak bangun pun tokleh. Dah macam-macam ikhtiar dah buat, macam-macam produk dah beli. Ahamdulillah asbab makan resV 3 botol, abah dah makin sihat.”

    Tu je cerita kakda kali ni. Jika ada yang berminat untuk dapatkan produk Shaklee, boleh terus wasap kakda. Klik logo whatsapp di skrin anda atau klik ini.

    Ida Chalo
    Shaklee Business Leader
    Founder iFighter Team
    Since 2012 – Trusted Agent Shaklee
    COD Kota Bharu, Kubang Kerian

    COD 2 BOTOL VIVIX KE BERIS KUBOR BESAR, BACHOK.

    Walaupun PKP, alhamdulillah ada rezeki kakda p COD Vivix ke Beris Kubor Besar petang tadi. Semalam terima wasap dari repeat customer merangkap ahli makan sendiri di bawah team iFighter iaitu team kakda sendiri.

    Posing dulu sebelum masuk kereta.hehe

    Customer tetap kakda ni merupakan tokey kedai makan Kak Yah Nasi Kukus di Beris Kubor Besar on the way nak ke Bachok tu. Kedainya betul-betul di tepi traffic light belah kiri jika kita menghala ke Bachok.

    Dulu yang mula-mula deal dengan kakda adalah suami kak Yah. Ingat lagi masa tu PKP bulan 3 2020. Masa tu stok shaklee yang ada dalam pasaran memang banyak short. Luar biasa betul kesedaran rakyat Malaysia terhadap kepentingan suplemen masa mula-mula virus Covid-19 melanda negara kita.

    Suami Kak Yah kol nak minta COD Vivix 2 botol. Mak aiiihh.. dah la masa tu kakda masih belum ada kesedaran untik simpan stok, mana nak cari vivix 2 botol weiii!haha!

    Dipendekkan cerita, sampai la ke hari ni, Kak Yah masih meneruskan pengambilan Vivix. Biasanya 1 bulan kakyah akan beli 2 botol vivix. Sebab kakyah ambik 2 sudu teh vivix tiap pagi dan malam sebelum tidur. Kakyah ada masalah sakit slip disc dan pernah operate buang cyst.

    Lepas konsisten makan Vivix ni, memang kakyah rasa sangat sihat,bahagia dan gembira berbanding dulu. Kakyah kata, dia sanggup habiskan duit setiap bulan beli vivix daripada ulang-alik keluar masuk hospital. Dulu kakyah dapatkan rawatan di KPJ Perdana Kota Bharu. Katanya lagi walaupun vivix mahal, tapi duit yang dia habiskan untuk rawatan di KPJ lebih banyak.

    Dengan Vivix dia rasa lebih sihat, hidupnya lebih ceria, badannya lebih bertenaga dan dia hepi dapat menguruskan kedai makannya dengan badan yang sihat dan tak sakit-sakit dah. Slip disc nya pun dah tak sakit. Alhamdulillah..

    Kak Yah memang tiap kali beli akan ambik terus 2 botol sebab kalau beli 2 botol kakyah dapat lebih banyak diskaun berbanding beli 1 botol. Dah memang konsisten makan kan, kalau boleh dapat lebih murah apa salahnya terus beli 2 botol.

    So tu saja cerita kakda malam ni. Saja nak share cerita kakda p COD Vivix Shaklee di Beris Kubor petang tadi. Kakda juga ada menyediakan servis COD vitamin shaklee yang lain ke sekitar Kubang Kerian dan Kota Bharu. Vivix boleh juga di pos ke seluruh Malaysia. Jadi kalau korang yang sedang baca entry ni nak dapatkan Vivix dengan harga diskaun macam yang KakYah dapat, terus wasap kakda laju-laju ya. Terus klik link disebelah atau klik je link whatsapp di skrin korang.~Salam~

    Kenapa Mesti Pilih Dan Tukar Jenama Vitamin C Anda Kepada Jenama Shaklee?

    Korang tahu tak, vitamin c adalah sejenis vitamin yang ‘mudah larut air’. Incase korang tak tahu lagi, vitamin ni dia terbahagi kepada dua jenis. Satu adalah vitamin ‘mudah larut air‘ dan satu lagi adalah vitamin ‘mudah larut lemak’.

    Korang perasan tak vitamin c shaklee dipanggil sebagai SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS 500mg? Sebenarnya “Sustained Release”ataupun bahasa melayunya disebut ‘pelepasan berperingkat’ merupakan satu teknologi yang dicipta oleh saintis shaklee untuk memastikan kesemua 500mg yang ada didalam 1 biji vitamin c dapat diserap sepenuhnya oleh badan manusia.

    Jom baca persoalan biasa yang ditanya kepada pengedar shaklee Malaysia kat bawah ni sebelum anda buat keputusan untuk mencuba dan bertukar kepada SR Vita-C Plus 500mg;

    Dalam kebanyakan set-set shaklee, hampir kesemuanya dicadangkan untuk diambil bersama-sama dengan Vita-c Plus shaklee.

    Terlalu banyak kebaikan Vita-C Plus yang sukar untuk tidak diamalkan lebih-lebih lagi dimusim COVID-19 yang semakin hari semakin meningkat jumlah kesnya di Malaysia.

    Jika anda ingin mendapatkan produk shaklee, boleh hubungi kakda dengan klik saja logo Whatsapp di sebelah kanan skrin anda untuk membawa anda terus kepada kakda di wasap.