Percutian Bajet Ke Jakarta-Bandung Day 2
Hari kedua diteruskan lagi dengan aktiviti yang takdak dalam plan.
Pagi tu kami keluar kejap sebab nak cari sarapan. Sebabnya kami memang tak ambik bilik yang pakej dengan sarapan. Makanya, keluar lah kejap.
Hotel yang kami duduk terletak agak kedalam sedikit dari jalan besar. Tapi dari hotel, still dapat nampak jalan Thamrin kat depan Grand Indonesia tu dah penuh dengan orang.

Janji dengan Pak Supir, pukul9 bertolak ke Bandung. Jadi kami pun keluaq lah cari makan terlebih dahulu.
Rupanya setiap hari Ahad, dorang ada buat Car Free Day. Memang happening gila, ramai gila orang dan macam-macam ada.

Kiri kanan orang menjual. Pastu siap ada macam-macam karektor ‘orang-orang’ yang tujuannya tak lain tak bukan untuk dapatkan bayaran kalau kita nak p bergambaq dengan dorang. Kakda dan suami p bergambar dengan ‘Pocong’. Kononya sebab semangat nak tunjuk kat anak-anak bila balik Malaysia nanti.haha

Disebabkan orang yang terlalu ramai, pastu siap ada pentas aerobik lagi kat depan Grand Indonesia Mall tu, kami pun turut rasa teruja. Ikutkan hati nak jugak join exercise kejap, tapi takut kang lambat pulak bertolak ke Bandung.huhu
Jalan punya jalan, kami pun cross ke sebelah. Sebab kalau straight lagi takut kang makin jauh nak patah balik ke hotel.hahah
Sambil mata melilau cari makanan, last-last jumpa jugak benda unik. ZUPA SUP!!





Zupa sup ni nak kata sedap, takdak lah sedap sangat. Imagine makan roti cicah sup mushroom. Tapi hat ni bukan mushroom, bukan ayam, dia ada letak jagung sikit. Asal jadi sup lah. Gitu dong. Tapi jujurnya, memang kakda tak tanya pun sup dia perisa apa. Kakda is tahu makan je.haha
Habis makan, kami pun balik lah hotel. Kemas apa yang patut, cek out dan bertolak ke Bandung.

Bertolak Ke Bandung Pukul 9am
Perjalanan ke Bandung menggunakan highway, jadi perjalanan nya kok lancar gitu. Kami ada singgah di RNR tak ingat dah kat sana dia panggil apa.
Masa ni kakda turun dan beli makanan-makanan dan air kotak untuk dimakan di dalam kereta. Dan first time jugak, cik mek yang duk jaga kaunter, minta kakda sedekahkan baki duit syiling untuk dijadikan wang untuk bantu belanja sekolah. Hat tu yang kakda faham dia oyak gapo. Jadi, kakda iya kan je. (Belajar elok-elok ya dikk..)

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3jam. Tak banyak yang kami bualkan. Selepas beberapa ketika, semua orang pun tido. Yelah view highway, apa sangat lah yang menarik kan.
Tapi awal-awal tu memang beriya jugak tengok sekeliling. Yelah, walaupun kita satu rumpun yang sama, dari segi rekabentuk bangunan, signboard, jenis kenderaan di jalanan ada jugak yang berbeza.
Kita p jalan tempat orang, benda-benda macam ni lah yang kita nak perati. Hayati perbezaan dan keunikan budaya di tempat orang. Bukan asyik nak bayang ayam penyettt je memanjang. Kan..kan.. hehe (ko kena faham tu.hahah)
Nasi Padang
Masa mula-mula nak memasuki area Bandung, jalan macett bangett. Kata Pak Supir hari Ahad kota Bandung memang begini lah keadaannya.
Memang macett bangettt gituww. Sepeda motor nya banyakkk sekali.
Pastu Pak Supir bawak kami ke sebuah restoran Nasi Padang. Agaknya dibawaknya kami ke sana sebab adik ipar kakda request nak Money Changer. Jadinya sebelah Money Changer tu ada restoran. Disebabkan semua perut sudah lapaq gilaa, kami pun terus je lah lunch kat situ.
Makanannya bagi kakda biasa-biasa aja. Tapi kedainya agak besar jugak. Rasanya mesti femes gak ar kedai ni.
Total kerugian makan Nasi Padang ialah IDR192.250 (lebih kurang RM58 kalau convert sekarang Nov 2017.hahah)
Pasar Baru
Lepas makan, kami ke Pasar Baru pula. Pasar Baru ni ala-ala Pasar Siti Khadijah lah kalau kat Kota Bharu.
Tapi beza dia, kat sini macam-macam ada. Kalau boleh, sebelum datang Bandung, ukur la siap-siap saiz langsir kat rumah korang. Sini boleh tempah langsir, baju kurung, Suit dan macam-macam lagi. Kejap je siapnya. Pilihan kain pun banyakkk sangat. Labuci, lace dan yang sewaktu dengannya murah-murah kot.
Tapi jangan tanya kakda, sebab kakda memang tak masuk pun tanya.hahha
Sebabnya memang takdak plan nak beli kain Lace. Cuma seingat kakda, masa ke Medan 2015 dulu, Lace nya pun sangat murah. Benda sama ada kat Jakel, tapi sini jauh lagi murah.
Bakal-bakal pengantin, boleh lah mai sini dulu sebelum kawin. Beli baju nikah kaa.. baju untuk flowergirl kaa.. banyak pilihan gituu.
Kakda punya niat nak beli blouse je sebenarnya. Tapi terbeli telekung Siti Khadijah (ciplak) kat sini (IDR150.000, Rm48). Sebab tergoda tengok sorang makcik tu duk belek-belek pilih. Jadi kakda p dekat dia. Pegang-pegang material boleh tahan, tebal, sulam pun cantik. (Marilah kita rembat.haha)
Jadi kami (kakda dan makcik Malaysia) pakat dua, minta less lagi dengan tokey kedai. Tu yang dapat 150ribu tu. Sebab kononya beli 2 lai kan. Harga sehelai mahal lagi dia kata, tapi maaf, kakda pun dah lupa. Dah setahun yang lepas kot kakda p sana.hahah
Jalan lagi naik atas. Kat Tingkat 8 ( kalau tak silap), banyak jual jeans. kakDa beli blouse jeans ,boleh tengok gambar kakDa kat FarmHouse, kakDa pakai baju tuu la, beli kat sini. (IDR75.000, Rm24)
Pastu singgah beli perfume. Murah je. 50ml IDR50.000, 100ml IDR100.000. kakDa beli, tapi sampai kat rumah mak kakDa bekenan. So bagi je la. Rm16 je kot. 😅 Bau boleh tahan sedap.
Actually masa tengah sibuk pilih perfume tu, berlaku satu kejadian yang agak sukar untuk dilupakan. Barang-barang yang kakda beli di tingkat bawah tiba-tiba takdak. Tanya suami kakda, dia kata takdak dengan dia.
Pastu barulah kakda teringat. Masa kakda pilih-pilih blouse jeans tu, kakda letak plastik atas lantai. Dan rupanya ada orang terambik. Dan nak dijadikan cerita kakda dan suami pun langsung tak ingat akan barang yang diletak dia atas lantai itu.
Dipendekkan cerita, tak tau lah macam mana Mas yang guide kami (Pak Supir tempah khas untuk bawak kami pusing Pasar Baru ni untuk tolong-tolong tunjuk jalan katanya) dia ejas macam mana, alhamdulillah barang kami dapat jumpa balik.
Ada rezeki lagi. Alhamdulillah. Rupanya ada orang Malaysia terambik dan dah terbawa dan dah siap simpan dalam bonet kereta. Mujur je tak gerak lagi.huhu
Pengajarannya, kalau nak shopping, bawak backpack. Lepas beli, terus je buh barang dalam tu. Toksoh bawak dengan tangan. Bahaya. Takut lupa, bila dah asyik jumpa dengan barang lain yang nak dishopping lagi dan lagi.hahha
Check-In Hotel Vio Cihampelas



Petang, sebelum habis Asar kami cek in Hotel Vio Cihampelas. Rate untuk bilik katil queen tak sampai RM100 pun untuk semalaman masa kami duduk tu.
Malam tu kami dah tak panggil supir. Sebab kawasan sekitar hotel, dah banyak sangat kedai makan. “Dop cekak nok pilih”😅
Malam sebelum tu dah makan Iga Bakar di Jakarta, malam kedua pun duk cari Iga(rusuk) lagi.hahah
Jadi sebulat suara kata nak makan kat Kambing Bakar Cairo. Depan hotel je. Jalan sikit la. Tapi Tak jauh. 2minit kot. 😂 (IDR493.000 anggaran. Sebab macam dah tak ingat berapa nak ingat sangat dah.haha)





Sebelum balik bilik, singgah kedai ole-ole. Ala kedai ni sebelah hotel je. selang 2 kedai kot. Kat sini banyak jual kerepek dan makanan ringan tempatan.

Tapi kalaulah kakda repeat balik percutian ke Bandung ni, kakda tak akan beli dah semua makanan ni. Sebab apa, bila bawak balik, orang kat rumah tak makan pun. Katanya tak sedap.
Agaknya bukan selera orang Kelantan kot. So daripada beli kerepek dan makanan-makanan kat sini, baik lagi beli Brownies Amanda (tak try tapi orang kata sedap) dan Kartika Sari.
Tamat Day 2. Terima kasih sudi baca.hehe
Baca lagi: Percutian Bajet Ke Jakarta-Bandung 5h4m, Part 3
Artikel terdahulu: Percutian Bajet Ke Jakarta-Bandung 5h4m, Part 1
part 3 dan seterusnya??
Im work for it. Nanti dah ada sy reply lagi. Hehe
Kakda recently posted…Atasi Masalah Sembelit Sebelum Menjadi Buasir
nk tau story ke Jakarta-Bandung, sbb tahun dpn sy & fmly nk ke Bandung, blh buat rujukan…sy pon dr klate jgk, ok tq
http://mamikembar.com/percutian-bajet-ke-jakarta-bandung-5h4m-oktober-2016-part-3/
Kakda recently posted…4 Info Ringkas Mengenai Performance Drink Shaklee Sebagai Minuman Penambah Tenaga