Hotel Murah Atau Homestay Airbnb?
Kali ni kakda nak review penginapan yang kakda tinggal semasa bercuti secara backpackers di Osaka. Penginapan ini kakda tempah melalui aplikasi Airbnb.
Bagi yang baru pertama kali mendengar pasal airbnb, ia merupakan satu aplikasi untuk kita membuat tempahan tempat penginapan ala-ala homestay.
Daftar di Airbnb Untuk Mendapat Kredit Travel Bernilai RM120 Apabila Anda Membuat Tempahan Nanti
Kakda memilih untuk tinggal di homestay berbanding hotel untuk mudah nak main masak-masak.hehe
Gran-Build Osaka, Room 3-D, Kitakagaya, Osaka.
Sebelum bertolak ke Osaka tempoh hari, kakda dah pernah membuat entry pasal penginapan ni (baca disini).
Untuk entry kali ni, kakda nak reviu keadaan sebenar dan sertakan gambar terkini bnb tersebut.

Ini adalah bangunan apartment tersebut. Apartment ni berada di kawasan perumahan. Bilik yang kakda stay berada di tingkat 3. Tiada lif disediakan. Kami cuma bawak backpack sorang satu. So tak letih pun nak naik tangga.
Kalau bawak beg trolley, mungkin agak sukar sedikit nak heret naik tangga.hehe



Pintu masuk rumah. Tak tau lah lebih sesuai di panggil bilik atau rumah. Sebabnya sempit sangat.huhu..Rumah lah kot ye.


Rumah ni sempit je. Kalau masuk 3 orang akan rasa sedikit lemas. Tapi kalau saiz gadis-gadis ok je kot. 3 orang boleh consider. Tapi kalau berempat, tak tau lah nak duduk celah mana.haha


Sebelum mula masak, kakda basuh dulu sinki dan peralatan dapur mengunakan sabun Taharah. Kakda is tak berapa pandai nak travel. So memang lemah bab-bab macam ni. Jadi, kakda ambil keputusan untuk sertu kan aja. Supaya tak was-was.
Sesetengah pendapat kata, kalau kita tak nampak pinggan digunakan untuk makan ‘benda-benda ituu’, maka tak wajib untuk disertu.
Tapi kakda sertu jugak.

Kakda snap gambar atas ni betul-betul dari pintu. Ni je view yang dapat masuk dalam camera.haha
Selain ada tempat masak, yakni menggunakan induction cooker terdapat juga peralatan dapur yang lain.
Yakni oven boleh bakar roti kalau jumpa roti yang halal (yang kecik di tingkat bawah rak), microwave (di tingkat atas rak) untuk panaskan lauk Brahims yang boleh dibeli di Tesco, ada kettle untuk masak air panas nak bancuh PapaRich Whitecoffee yang dibawak dari Malaysia, ada peti ais kecik untuk letak susu segar yang boleh dibeli dari pasar raya tempatan.



Di balik pintu tu, ada koridor kecik. Boleh sidai baju kalau nak. Rumah ni takde mesin basuh. Kalau nak basuh baju, ada dobi di apartment ni. Cuma kakda tak ingat di tingkat berapa. Kakda basuh je pakai tangan.hehe

Di tepi meja tadi, langsung adalah pintu tandas. Lantai tandas ni tinggi sikit daripada lantai bilik. Jarak tandas ke katil adalah 1 langkah setengah.haha
Tandas dia sempit, sesuai lah dengan saiz rumah ni. Tak kan lah tetiba tandas luas pula kan. haha..
Tapi jangan risau ia sangat bersih. Ko tak akan jumpa daki di dinding, rambut apatah lagi. Tuan rumah turut menyediakan sabun, syampu, berus gigi dan ubat gigi untuk kegunaan kita.
Tapi kakda tak guna pun sebab memang dah bawak sesiap dari Malaysia.


Towel disediakan. Kami guna. Tuan rumah sediakan dalam 6 towel tak silap. Kami gunakan semaksimum yang mungkin.haha..
Universal Adapter jangan lupa bawak okay. Kang tak pasal-pasal fon korang tak boleh nak cas. Nangis lah!




Syarat tinggal di kawasan kejiranan ni kita tak boleh bising. Berbual dengan tok laki pun senyappp je. Takut punya pasal.haha..
Sebab rumah rapat-rapat. Cakap kuat sikit nanti akan ganggu jiran tetangga. Boleh kena report polis tau!huhu




Sekian reviu untuk rumah Hikaru-San.
Sepanjang berurusan dengan beliau, kami tak pernah bersua muka. Hanya berbalas mesej di inbox aplikasi AirBnb.
Sedikit pesanan kakda, sebelum balik, sila lah kemas sedikit untuk mendapat feedback yang baik dari tuan rumah. Feedback yang baik akan memudahkan kita untuk booking rumah di Airbnb kemudian hari.
Sebab cara di Airbnb ni unik, bukan penyewa saja boleh memberikan reviu , malah tuan rumah juga boleh bagi reviu tentang penyewa. Jadinya Tuan rumah juga ada hak untuk reject penyewa kalau penyewa tu ada rekod yang buruk.
Jadi, kemas lah ye.
Korang rasa nak stay kat sini jugak untuk trip ke Osaka nanti? Nahh. Klik sini untuk booking. Sila booking cepat sebab rumah Hikaru-San ni sangat cepat penuh. Ramai yang berminat nak stay sini. Daftar dulu disini untuk mendapat kredit penginapan sebanyak RM120 bila membuat tempahan anda nanti.
Leave a Reply